TOLONG HADIAHKAN FATIHAH dan KHUL
HU WALLAH kepada Tok Ayah Musa , yang terbaiknya tolong hadiahkan pahala Tahlil
pada Tok Ayah Musa .
TOK AYAH MUSA
DALAM KENANGAN
Telah "Kembali" Permata Agama:
Sungguh aku merindui insan ini yang sangat banyak berjasa dalam pendidikan jiwa yang gersang. Kalamnya sungguh menusuk Qalbu siapa saja yang mendengarnya. Tapi apakan daya, dirimu telah dijemput bertemu kekasih Agungmu.
Telah 'pulang' seorang lagi mutiara Agama, Syeikh Abdul Qadir atau Tok Guru Haji Musa, Tumpat pada jam 3 pagi tadi. Semoga ALLAH Ta'ala mengumpulkan Tok Guru Hj Musa dengan Kekasih yang didambakannya iaitu Rasulullah SAW. Begitulah juga dengan kita suatu masa nanti.
Sesungguhnya ajal itu takkan dipercepat atau dilambatkan walau sesaat. Bersediakah kita menghadapinya? Jika belum, maka bersiaplah segera sebelum datangnya ajal.
Al-Fatihah buat Tok Guru Hj. Musa...

Kelebihan SELAWAT keatas RASULULLAH SAW
Beliau lebih dikenali dengan
panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar
beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah
dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh
pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.
Beliau
memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama
dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan,
Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau
yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan
kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji
Hashim bin Hj Abu Bakar.
Saya rindu tok ayoh, Al Fatihah
ReplyDelete