Sunday 27 January 2013

Al Fatihah buat Tuan Guru HJ Musa Tumpat : ULAMA SUFI ♥

TUAN GURU HJ MUSA TUMPAT / Nama sebenar Tok Ayah adalah TN GURU HJ ABDUR QADIR telah kembali KERAHMATULLAH pada jam 3 pagi tadi 14 Rabiul Awal 1434 hari Sabtu     ( 26.1.2013) telah selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi (26.1.2013) Moga Roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan orang berjaya dunia Akhirat ...
TOLONG HADIAHKAN FATIHAH dan KHUL HU WALLAH kepada Tok Ayah Musa , yang terbaiknya tolong hadiahkan pahala Tahlil pada Tok Ayah Musa . 

TOK AYAH MUSA 
DALAM KENANGAN 
  
Telah "Kembali" Permata Agama:

Sungguh aku merindui insan ini yang sangat banyak berjasa dalam pendidikan jiwa yang gersang. Kalamnya sungguh menusuk Qalbu siapa saja yang mendengarnya. Tapi apakan daya, dirimu telah dijemput bertemu kekasih Agungmu.

Telah 'pulang' seorang lagi mutiara Agama, Syeikh Abdul Qadir atau Tok Guru Haji Musa, Tumpat pada jam 3 pagi tadi. Semoga ALLAH Ta'ala mengumpulkan Tok Guru Hj Musa dengan Kekasih yang didambakannya iaitu Rasulullah SAW. Begitulah juga dengan kita suatu masa nanti.

Sesungguhnya ajal itu takkan dipercepat atau dilambatkan walau sesaat. Bersediakah kita menghadapinya? Jika belum, maka bersiaplah segera sebelum datangnya ajal.

Al-Fatihah buat Tok Guru Hj. Musa...

Kelebihan SELAWAT keatas RASULULLAH SAW

 

  
Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid 
Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar. 

sumber dari Cahaya Kehidupan

1 comment: