Monday, 28 January 2013

DATOK ALLAHYARHAM HJ ALI BIN AWANG

DATOK ALLAHYARHAM HJ ALI BIN AWANG 

BACAAN AL-FATIHAH DIHADIAHKAN AGAR ROH ALLAHYARHAM DIGOLONGKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERAMAL SOLEH DAN DIREDHAI ALLAH. AMIN.... YA RA'BAL ALAMIN.

SALASILAH I 

KELUARGA HAJI ALI.DIKATAKAN BERKETURUNAN DRP MEKONG CHENG. MEKONG CHENG ADALAH PENGIRING KEPADA PEMBAWA UFTI EMAS. BELIAU MENGIRINGI RAJA ABDULLAH YG BERTINDAK SEBAGAI PEMBAWA UFTI EMAS DARIPADA KERAJAAN KELANTAN KPD KERAJAAN SIAM PADA KETIKA ITU.

SETELAH LAMA BERKHIDMAT SEBAGAI PENGIRING KPD PEMBAWA UFTI EMAS.MEKONG CHENG TELAH BERSARA DAN MENETAP DI PRAK NAT, KELANTAN.KERAJAAN KELANTAN TELAH MENGANUGERAHKAN GELARAN MEKONG KPD BELIAU SEBAGAI BALASAN DI ATAS JASA2 NYA. PADA WAKTU ITU GELARAN MEKONG ADALAH BERSAMAAN DENGAN JAWATAN PENGGAWA PADA MASA KINI.

DI PRAK NAT, MEKONG CHENG TELAH BERISTERI DENGAN ORANG TEMPATAN DAN MENDAPAT 7 ORG ANAK. 3 PEREMPUAN DAN 4 LELAKI. TIGA DRP ANAK LELAKINYA TELAH MEMEGANG JAWATAN PENGGAWA DI TIGA TEMPAT BERASINGAN IAITU DEMIT, PANGKAL KALONG DAN PASIR PUTEH. MEKONG YANG MENETAP DI PANGKAL KALONG DI PERCAYAI MEMPUNYAI BEBERAPA ORANG ANAK DAN SALAH SEORANG DRP MEREKA DI KENAL PASTI BERNAMA HJ ISMAIL ATAU MEKONG WELL. HASIL DRP PERKAHWINANNYA, LAHIRLAH CHE SOM YG MERUPAKAN IBU KPD HJ ALI. INI MENUNJUKKAN KELUARGA HJ ALI BERKETURUNAN MEKONG CHENG.

SUMBER: AYAH WEL, BATU LAPAN KADOK.

SALASILAH II

KELUARGA HJ ALI DIPERCAYAI DRP MEKONG SAMAH, PENGLIMA PERANG KERAJAAN PETANI. MENURUT SEJARAH, MEKONG SAMAH ADALAH TUAN KUNDUR IAITU ANAK KPD RAJA MANSUR (YG DIKENALI SEBAGAI DATO' LELA WANGSA PATANI- DATO PENGLIMA PERANG KERAJAAN MELAYU PETANI). TUAN KUNDUR TELAH MELARIKAN DIRI KE KELANTAN BERSAMA ANAK DAN ISTERI SETELAH MENGALAMI KEKALAHAN PERANG DI SIAM SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD 1 (1800 - 1835). TUAN KUNDUR TELAH MENGGUNAKAN NAMA SAMARAN MEKONG SAMAH BAGI MENGELAK DIKESAN OLEH KERAJAAN SIAM. MEKONG SAMAH MEMPUNYAI 2 ORG ANAK YG BERNAMA PENGHULU ABDULLAH DAN PENGHULU YUSUF (TOK SOH).

PADA TAHUN 1808 KERAJAAN SIAM TELAH MEMBERI AMARAN KEPADA KERAJAAN KELANTAN SUPAYA MENYERAHKAN MEKONG SAMAH. JIKA TIDAK KERAJAAN SIAM AKAN MENYERANG, DENGAN ITU, KERAJAAN KELANTAN TELAH MENANGKAP MEKONG SAMAH BERSAMA ISTERI DAN ANAKNYA PENGHULU ABDULLAH. SEMENTARA PENGHULU YUSOF ATAU TOK SOH BERJAYA MELEPASKAN DIRI DAN MENERUSKAN KEHIDUPANNYA DI KELANTAN.

BERMULA DARI TOK SOH INILAH, LAHIRNYA KELUARGA BESAR HAJI ALI BIN AWANG. TOK SOH MEMPUNYAI 10 ORG ANAK IAITU: HAJI ABDUL RAHMAN (PERGAU), TOK SETAP @ CHE MAT SETAP (PERGAU), CHE KALTHOM (PERGAU), CHE LEH (KG SUKAR LEGEH), CHE LEBAR (KOK LANAS), CHE MUJI(KOTA BHARU), CHE FATIMAH (KOK LANAS), CHE YAM (LUNDANG PAKU), CHE MUSA (PASIR MAS) DAN PENGHULU CHE AHMAD @ PENGHULU RAJA (PRAT NAT- KOTA BHARU). TOK SOH TELAH MENGGUNAKAN "CHE" PADA SETIAP NAMA ANAK2 BELIAU BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN "RAJA" DAN SEBAGAI LANGKAH MENGELAKKAN DARI DIKESAN OLEH KERAJAAN SIAM DAN KELANTAN. DARI GENERASI INI LAHIRLAH HAJI ALI YG MERUPAKAN ANAK TUNGGAL KEPADA CHE SOM DAN AWANG YG MANA CHE SOM ADALAH ANAK PEREMPUAN CHE FATIMAH (ANAK TOK SOH).

SALASILAH INI TELAH DICATAT OLEH ALLAHYARHAM CHE KADIR ADABI ANAK KEPADA PENGHULU CHE AHMAD DAN CATATAN TERSEBUT TELAH DISERAHKAN PULA KEPADA ANAKNYA. ALLAHYARHAM MANSOR ADABI. ALLAHYARHAM MANSOR ADABI AKHIRNYA TELAH MENYERAHKAN CATATAN SALASILAH INI KEPADA PAK CIK MAT NAPI SEBULAN SEBELUM KEMATIANNYA.


- SUMBER : PAK CIK MAT NAPI. KETEREH.

NENEK ALLAHYARHAMAH HJH AMINAH BT YAASOK. 
MERUPAKAN ISTERI KEPADA ALLAHYARHAM HJ ALI BIN AWANG.


BACAAN AL-FATIHAH DIHADIAHKAN AGAR ROH ALLAHYARHAMAH DIGOLONGAN KALANGAN ORANG YANG BERAMAL SOLEH DAN DIREDHAI ALLAH. AMIN.... YA RA'BAL ALAMIN. 

1 comment: