MAKAN MAKAN

Serunding daging Wan Sabariah di Pasir Mas

Serunding Daging Wan Sabariah Kelantan
Pernahkan anda melihat rumah ala-ala istana di atas? Jika bercuti di Kelantan dan ingin membeli-belah di Rantau Panjang, anda akan melalui rumah ini berdekatan dengan roundabout Salor di Pasir Mas. Di kawasan tepi rumah inilah tempat memproses serunding daging yang popular di Kelantan, di Pasir Mas khususnya. Serunding daging atau sambal daging yang diproses di rumah agam bewarna hijau ini … [Read more...]

Buffet Ramadhan 2012 di Kelantan

Buffet Ramadhan Kelantan 2012
Berikut, disenaraikan buffet ramadhan yang disediakan pada bulan Ramadhan 2012 di restoran, resort serta hotel di sekitar Kota Bharu Kelantan. Untuk umat Islam yang ingin menempah buffet, makanlah dengan habis makanan yang diambil. Elakkan pembaziran di bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan merupakan pesta ibadat, makan buffet hanyalah secebis nikmat yang dikurniakan kepada hambaNya. Semoga amal … [Read more...]

Restoran A.M Tarbush citarasa Arab-Malaysia

Chicken Mandy A.M. Tarbush
Bagi peminat masakan Arab, restoran A.M. Tarbush adalah restoran pilihan nombor satu di Kelantan. Lokasinya di Jalan Lundang. Berdekatan dengan Pasaraya Billion, 4km dari KBMALL menghala ke Kubang Kerian. Menu popular semestinya Nasi Mandy Ayam (chicken mandy) dan Mandy Kambing (lamb mandy). Harga mandy ayam ialah RM10.09, manakala mandy kambing RM12 (harga sentiasa berubah dari semasa ke … [Read more...]

Menjamu selera di restoran Selera Tepi Sungai yang mendamaikan

Restoran Selera Tepi Sungai
Sebut sahaja apa jua jenis masakan dan menu yang anda mahukan, semua ada di restoran sini. Restoran Selera Tepi Sungai sangat sesuai untuk menjamu selera di waktu petang mahupun malam. Ia Terletak di Tanah Merah, berdekatan dengan Sekolah Teknik Tanah Merah. Restoran ini terkenal dengan pelbagai jenis masakan, lauk pauk, aneka kuih muih Kelantan dan pemanis mulut. Merupakan tempat … [Read more...]

Mee Paloh Rawa Che Harun

Mee Che Harun Paloh RawaSebenarnya tidak ramai yang tahu akan kemasyhuran Mee Paloh Rawa yang terdapat di kampung Paloh Rawa, sempadan Machang dan Tanah Merah ini. Kedai ini sudah lama dibuka oleh Che Harun sejak tahun 1980 an lagi. Bagi penulis, Mee Paloh Rawa ini adalah 'mee kuah' yang paling lazat di Kelantan dibandingkan dengan mee lain seperti mee Kg Pek. Rasanya ala-ala mee bandung Muar. Jika anda … [Read more...]

Roti Canai Sabar Menanti Kari Gearbox Kubang Kerian

Suasana di waktu malam
Roti Canai Sabar Menanti Kari Gear Box di Kubang Kerian adalah antara yang paling popular di Kelantan. Gerai roti canai ini beroperasi di tepi jalan, sebelum simpang masuk ke stesen bas Kubang Kerian. Hanya 5 km dari bandar Kota Bharu. Roti canai yang dibuat di sini tersangat lembut dan gebu. Kuah karinya jua pekat dan yang paling istimewa tentulah kari gearbox. Selain kari, kuah dal juga … [Read more...]

Ayam Percik di Restoran Yati Ayam Percik membangkitkan selera

Ayam Percik Yati
Menu berasaskan percik merupakan masakan istimewa di Kelantan. Restoran Yati Ayam Percik ini adalah antara ‘signature’ masakan percik di sini. Ia sering menjadi tumpuan pengunjung dari luar Kelantan mahupun penduduk setempat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu. Apa yang menyebabkan restoran ini popular adalah kerana ayam serta ikan dibakar menggunakan … [Read more...]

Sarapan pagi nasi kerabu Ketereh di Warung Su dan Warung Cik Siti

nasi kerabu su featured
Nasi Kerabu Ketereh, memang menjadi pilihan penduduk di sekitar Ketereh Kelantan. Malah ada juga dari Machang dan Kota Bharu sanggup menikmati nasi kerabu yang mashur di Kelantan ini. Nasi kerabu ketereh memang sudah lama wujud dan menjadi hidangan wajib bagi mereka yang tinggal berdekatan. Terdapat dua warung yang popular iaitu Nasi Kerabu Su dan Cik Siti. Kedua-dua warung ini dibuka seawal jam … [Read more...]

Masak steamboat di Restoran Food Village

foodvillagefeatured
Mencari hidangan buffet dan steamboat di Kelantan? Tak perlu susah mencarinya lagi, terus sahaja ke restoran Food Village, 'Well known' restoran di Kelantan yang kini mempunyai cawangan di Kg Kedai Buloh, PCB. Restoran ini pernah telah disiarkan di rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Restoran Food Village yang asal ini terletak di Kg Baung Pengkalan Chepa, 4 km sahaja dari bandar Kota Bharu. Ia … [Read more...]

Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup di Warung Moksu Pasir Mas

moksufeatured
Inginkan hidangan 'ringan' yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas. Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil 'kedai Moksu' sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi. Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi. Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. … [Read more...]

Menjamu selera ikan keli dan budu di Restoran Nasi Ulam Cikgu

nasiulam
Bagi penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi. Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan. Harga pula memang tersangat berpatutan. Keunikan … [Read more...]

Santapan orang istana

cikgu3
 Oleh ZAKI SALLEH   Kedai makan yang pernah dikenali sebagai Restoran Ikan Haruan menerima pelanggan mencecah 500 orang sehari. Apakah keistimewaan menunya sehingga ia digemari oleh rakyat biasa hinggalah golongan diraja? NASI ulam yang dicicah bersama budu bercampur mangga muda parut, cili api, bawang hiris dan tempoyak memang mencabar selera. RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan … [Read more...]

p/s:Info di copy dari website CUTI KELANTAN..

GOLEK LENGO

Antara kuih tradisional yang popular di Kelantan. Mempunyai nama yang unik & pelik iaitu 'Golek Lengo' , namum walaupun namanya yang pelik rasa kuih ini sememangnya terbaik. Mempunyai inti kacang ditengahnya dan ditaburi 'lengo' atupun bijan dalam Bahasa Melayu.

Selamat mencuba.


 Golek Lengo
 Sumber dari I ♥ KELANTAN

Butir Nako (Biji Nangka)

Antara makanan hok ssohor ketika majlis kerohanian di Kelantan seperti Make 7 Hari, Ngatip Make 40, Kenduri Arwah dan bermacam lagi.


 
 Butir Nako
 Sumber dari I ♥ KELANTAN

Kuih yang paling kejam ( Lompat Tikam!)

One of the best dessert in the world. This food come from Kelantan.


 Kuih Lompat Tikam!
Sumber dari I ♥ KELANTAN 

 Maggi Ketam
   
Nok make dimano ?

Untuk segmen Nok Make Mano - episod 3, Pihak I Love Kelantan akan mengupas mengenai sebuah restoren yang popular dengan Maggi Ketam. Restoren ini terletak di Pasir Puteh beralamat seperti dibawah . Nam Restoren ini digelar Alimi Maggi Ketam sememangnya membangkitkan selera anda yang gemarkan makan laut.

Harga adalah bermula dari RM15-RM20 bergantung kepada saiz ketam. Setiap mangkuk mempunyai 1 1/2 ketam yang membuatkan membangkitkan selera anda untuk bertandang lagi ke Alimi Maggi Ketam ini.

Bangunan MDPP,
Jalan Pasir Puteh
Cherang Ruku,
Pasir Puteh Kelantan. 
 
 Untuk tempahan dan pertanyaan boleh terus menelefon Alimi Maggi Ketam di talian berikut. Jika anda gemar mencuba sesuatu makan yang baru dan segar, pihak kami cadangkan anda singgah di Pasir Puteh jika anda pulang ke Kelantan untuk mencuba Alimi Maggi Ketam yang amat enak sekali ini.
Telefon / SMS
019-9584657
012-9524657

Untuk berita bergambar dan pertanyaan harga, boleh layari laman web dibawah ini.
.
www.alemymeggiketam.blogspot.com 

Sumber dari I ♥ KELANTAN

 

No comments:

Post a Comment