Saturday 20 July 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

 
assalamualaikum buat semua pengunjung blog Rumah Tamu Cempaka Desa, Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga tuan puan semua sentiasa di rahmati dan diberkati serta dipermurahkan rezeki . in shaa Allah.... segala nye atas kehendak NYA jua... Aminn....

Harga sewa di bulan puasa ini kami menawarkan dengan harga promosi.... ^_^ hubungi kami untuk keterangan lanjut.... terima kasih....

Tuesday 12 February 2013

Happy New Year

SELAMAT TAHUN BARU !! dari kami sekeluarga.. Selamat tahun baru 2013 Semoga selalu dapat teman baru dan rezeki baru buat semua pengunjung blog Rumah Tamu Cempaka Desa...

Jangan lupa pertimbangkan rumah tamu kami jika anda melawati negeri kelantan.... terima kasih

Saturday 2 February 2013

Istimewa Setiap Hari Jumaat Di Kota Bharu...

Setiap hari Jumaat Puluhan ribu umat Islam duduk bersila di jalanraya mendengar Kuliah Jumaat yang biasanya disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan sendiri Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ataupun Barisan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan juga tidak lupa Alim ulama yang dijemput dalam dan luar negera. Umat Islam bukan sahaja dari sekitar Kelantan, bahkan dari luar Kelantan semata-mata ingin mendengar Kuliah Jumaat di Kota Bharu.

Kesungguhan mereka untuk menuntut ilmu bersama Menteri Besar menggamit jiwa yang memandang apabila melihat terdapat di kalangan yang hadir merupakan orang kurang upaya (oku) sama ada cacat penglihatan, cacat di kaki dan sebagainya. Begitu juga orang tua yang uzur sehingga datang bertongkat dan tidak mampu lagi duduk bersila. Kelihatan juga kanak-kanak, remaja anak-anak muda berlilit serban di kepala menjadi benteng bagi mempertahankan kerajaan Islam di Kelantan ini. ALHAMDULILLAH...Rakyat Kelantan sangat cintakan ilmu agama.

(HARI INI) LIVE Kuliah Jumaat Medan Ilmu | 20 Rabiul Awwal 1434H/ 1 Feb 2013M (8.30 am - 10.30 am)
(Broadcasting live at http://www.ustream.tv/channel/kelantantv )

[SHARE] Keindahan Negeri Kelantan Dirasai Bila Anda Berkunjung Kemari...

♥ Selamat Datang Ke Nageri Kelantan Darul Naim ♥


info dari Hanye Di Kelate

Monday 28 January 2013

DATOK ALLAHYARHAM HJ ALI BIN AWANG

DATOK ALLAHYARHAM HJ ALI BIN AWANG 

BACAAN AL-FATIHAH DIHADIAHKAN AGAR ROH ALLAHYARHAM DIGOLONGKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERAMAL SOLEH DAN DIREDHAI ALLAH. AMIN.... YA RA'BAL ALAMIN.

SALASILAH I 

KELUARGA HAJI ALI.DIKATAKAN BERKETURUNAN DRP MEKONG CHENG. MEKONG CHENG ADALAH PENGIRING KEPADA PEMBAWA UFTI EMAS. BELIAU MENGIRINGI RAJA ABDULLAH YG BERTINDAK SEBAGAI PEMBAWA UFTI EMAS DARIPADA KERAJAAN KELANTAN KPD KERAJAAN SIAM PADA KETIKA ITU.

SETELAH LAMA BERKHIDMAT SEBAGAI PENGIRING KPD PEMBAWA UFTI EMAS.MEKONG CHENG TELAH BERSARA DAN MENETAP DI PRAK NAT, KELANTAN.KERAJAAN KELANTAN TELAH MENGANUGERAHKAN GELARAN MEKONG KPD BELIAU SEBAGAI BALASAN DI ATAS JASA2 NYA. PADA WAKTU ITU GELARAN MEKONG ADALAH BERSAMAAN DENGAN JAWATAN PENGGAWA PADA MASA KINI.

DI PRAK NAT, MEKONG CHENG TELAH BERISTERI DENGAN ORANG TEMPATAN DAN MENDAPAT 7 ORG ANAK. 3 PEREMPUAN DAN 4 LELAKI. TIGA DRP ANAK LELAKINYA TELAH MEMEGANG JAWATAN PENGGAWA DI TIGA TEMPAT BERASINGAN IAITU DEMIT, PANGKAL KALONG DAN PASIR PUTEH. MEKONG YANG MENETAP DI PANGKAL KALONG DI PERCAYAI MEMPUNYAI BEBERAPA ORANG ANAK DAN SALAH SEORANG DRP MEREKA DI KENAL PASTI BERNAMA HJ ISMAIL ATAU MEKONG WELL. HASIL DRP PERKAHWINANNYA, LAHIRLAH CHE SOM YG MERUPAKAN IBU KPD HJ ALI. INI MENUNJUKKAN KELUARGA HJ ALI BERKETURUNAN MEKONG CHENG.

SUMBER: AYAH WEL, BATU LAPAN KADOK.

SALASILAH II

KELUARGA HJ ALI DIPERCAYAI DRP MEKONG SAMAH, PENGLIMA PERANG KERAJAAN PETANI. MENURUT SEJARAH, MEKONG SAMAH ADALAH TUAN KUNDUR IAITU ANAK KPD RAJA MANSUR (YG DIKENALI SEBAGAI DATO' LELA WANGSA PATANI- DATO PENGLIMA PERANG KERAJAAN MELAYU PETANI). TUAN KUNDUR TELAH MELARIKAN DIRI KE KELANTAN BERSAMA ANAK DAN ISTERI SETELAH MENGALAMI KEKALAHAN PERANG DI SIAM SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD 1 (1800 - 1835). TUAN KUNDUR TELAH MENGGUNAKAN NAMA SAMARAN MEKONG SAMAH BAGI MENGELAK DIKESAN OLEH KERAJAAN SIAM. MEKONG SAMAH MEMPUNYAI 2 ORG ANAK YG BERNAMA PENGHULU ABDULLAH DAN PENGHULU YUSUF (TOK SOH).

PADA TAHUN 1808 KERAJAAN SIAM TELAH MEMBERI AMARAN KEPADA KERAJAAN KELANTAN SUPAYA MENYERAHKAN MEKONG SAMAH. JIKA TIDAK KERAJAAN SIAM AKAN MENYERANG, DENGAN ITU, KERAJAAN KELANTAN TELAH MENANGKAP MEKONG SAMAH BERSAMA ISTERI DAN ANAKNYA PENGHULU ABDULLAH. SEMENTARA PENGHULU YUSOF ATAU TOK SOH BERJAYA MELEPASKAN DIRI DAN MENERUSKAN KEHIDUPANNYA DI KELANTAN.

BERMULA DARI TOK SOH INILAH, LAHIRNYA KELUARGA BESAR HAJI ALI BIN AWANG. TOK SOH MEMPUNYAI 10 ORG ANAK IAITU: HAJI ABDUL RAHMAN (PERGAU), TOK SETAP @ CHE MAT SETAP (PERGAU), CHE KALTHOM (PERGAU), CHE LEH (KG SUKAR LEGEH), CHE LEBAR (KOK LANAS), CHE MUJI(KOTA BHARU), CHE FATIMAH (KOK LANAS), CHE YAM (LUNDANG PAKU), CHE MUSA (PASIR MAS) DAN PENGHULU CHE AHMAD @ PENGHULU RAJA (PRAT NAT- KOTA BHARU). TOK SOH TELAH MENGGUNAKAN "CHE" PADA SETIAP NAMA ANAK2 BELIAU BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN "RAJA" DAN SEBAGAI LANGKAH MENGELAKKAN DARI DIKESAN OLEH KERAJAAN SIAM DAN KELANTAN. DARI GENERASI INI LAHIRLAH HAJI ALI YG MERUPAKAN ANAK TUNGGAL KEPADA CHE SOM DAN AWANG YG MANA CHE SOM ADALAH ANAK PEREMPUAN CHE FATIMAH (ANAK TOK SOH).

SALASILAH INI TELAH DICATAT OLEH ALLAHYARHAM CHE KADIR ADABI ANAK KEPADA PENGHULU CHE AHMAD DAN CATATAN TERSEBUT TELAH DISERAHKAN PULA KEPADA ANAKNYA. ALLAHYARHAM MANSOR ADABI. ALLAHYARHAM MANSOR ADABI AKHIRNYA TELAH MENYERAHKAN CATATAN SALASILAH INI KEPADA PAK CIK MAT NAPI SEBULAN SEBELUM KEMATIANNYA.


- SUMBER : PAK CIK MAT NAPI. KETEREH.

NENEK ALLAHYARHAMAH HJH AMINAH BT YAASOK. 
MERUPAKAN ISTERI KEPADA ALLAHYARHAM HJ ALI BIN AWANG.


BACAAN AL-FATIHAH DIHADIAHKAN AGAR ROH ALLAHYARHAMAH DIGOLONGAN KALANGAN ORANG YANG BERAMAL SOLEH DAN DIREDHAI ALLAH. AMIN.... YA RA'BAL ALAMIN. 

Sunday 27 January 2013

Al Fatihah buat Tuan Guru HJ Musa Tumpat : ULAMA SUFI ♥

TUAN GURU HJ MUSA TUMPAT / Nama sebenar Tok Ayah adalah TN GURU HJ ABDUR QADIR telah kembali KERAHMATULLAH pada jam 3 pagi tadi 14 Rabiul Awal 1434 hari Sabtu     ( 26.1.2013) telah selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi (26.1.2013) Moga Roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan orang berjaya dunia Akhirat ...
TOLONG HADIAHKAN FATIHAH dan KHUL HU WALLAH kepada Tok Ayah Musa , yang terbaiknya tolong hadiahkan pahala Tahlil pada Tok Ayah Musa . 

TOK AYAH MUSA 
DALAM KENANGAN 
  
Telah "Kembali" Permata Agama:

Sungguh aku merindui insan ini yang sangat banyak berjasa dalam pendidikan jiwa yang gersang. Kalamnya sungguh menusuk Qalbu siapa saja yang mendengarnya. Tapi apakan daya, dirimu telah dijemput bertemu kekasih Agungmu.

Telah 'pulang' seorang lagi mutiara Agama, Syeikh Abdul Qadir atau Tok Guru Haji Musa, Tumpat pada jam 3 pagi tadi. Semoga ALLAH Ta'ala mengumpulkan Tok Guru Hj Musa dengan Kekasih yang didambakannya iaitu Rasulullah SAW. Begitulah juga dengan kita suatu masa nanti.

Sesungguhnya ajal itu takkan dipercepat atau dilambatkan walau sesaat. Bersediakah kita menghadapinya? Jika belum, maka bersiaplah segera sebelum datangnya ajal.

Al-Fatihah buat Tok Guru Hj. Musa...

Kelebihan SELAWAT keatas RASULULLAH SAW

 

  
Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid 
Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar. 

sumber dari Cahaya Kehidupan

Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog Cempaka Desa!!...

Petikan dari Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W 

"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU"

Semoga anda semua sentiasa dirahmati dan diberkatiNYA . In Shaa Allah!...

Sunday 30 September 2012

Selamat Datang Rumah Tamu Cempaka Desa


 RM 250.00 SEHARI (harga masih boleh dirunding)

Rumah Tamu Cempaka Desa
Lot 1666 Kampung Chempaka,
16100 Jalan Jambu Kota Bharu,
Kelantan.

Lokasi GPS;

N 06’08.364’
E 102’16.428’

Banglow Dengan ;
- 3 Bilik Tidur
- 2 Bilik Mandi

*Kelengkapan Lain Seperti Aircond-Master Br, Peralatan Masak, TV,Peti Ais.
*Ruang yang selesa untuk Satu atau Dua Keluarga
*Sesuai untuk rombongan perkhawinan dan sebagainya..
*Kedai Runcit di hadapan.


Penginapan;
-Berdekatan dengan kedai makan, Halalal Toyibha,Mr. Cook, Nasi Lemak Abe Long .
-3km berdekatan dengan Bandar Kota Bharu.
-5km berhampiran dengan lapangan terbang Sultan Ismail Petra.
-4km berdekatan dengan Pasar Besar Siti Khadijah.
-5km University Malaysia Kelantan Jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru
-6km dengan Pusat Jualan Wakaf Che Yeh,KB Mall,Mydin dan Billion Shopping Centre.
-7km University Sains Malaysia (USM) Health Campus Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan
-23km atau 40minit ke pusat membeli belah Pengkalan Kubur (bebas cukai)
-43km atau 1 jam ke pusat membeli belah Rantau Panjang (bebas cukai)

Jika berminat,boleh la menghubungi Puan Rosita binti Ismail di talian 016-9869555 untuk rundingan sewaan dan tempahan. 




 kawasan rumah


padangan sudut kiri rumah

pintu utama


garaj kereta

 ruang istirehat

master badroom

bilik kedua
bilik ketiga

 katil bayi

ruang tamu pertama
 ruang tamu pertama

ruang tamu kedua

dapur (dilengkapi dapur utk memasak dan peti sejuk)

 ruang serba guna

sinki belakang rumah