Kompleks membeli-belah KB Mall
Kota Bharu Mall atau KB Mall merupakan kompleks membeli-belah moden yang
paling terkemuka di Kelantan. Dan boleh dikatakan antara salah satu landmark utama negeri ini. more info klik CUTI KELANTAN
Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Pengkalan Kubor di Tumpat Kelantan
adalah satu lagi tempat shopping barangan tempatan dan buatan Thailand
yang agak tersohor dikalangan pengunjung. Dikenali sebagai Zon Bebas
Cukai Pengkalan Kubor. more info CUTI KELANTAN
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
Apa yang boleh didapati?
Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan
barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di
Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan
dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor.
Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran
seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk
belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi.
Pendek kata “macam-macam ada”. CUTI KELANTAN
Pasar Siti Khadijah tempat wajib dilawati di Kota Bharu
Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur.
Jika menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ini wajib dilawati. Malah, boleh berjalan kaki sahaja jika menginap di hotel-hotel yang berdekatan.
Ia dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 6 petang. Sebelum membeli di sini, sediakan duit yang mencukupi kerana mesin ATM agak jauh juga dari pasar ini. More info CUTI KELANTAN
Rasai kesibukan Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Sebut sahaja pasar malam Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini? Kawasan Wakaf Che Yeh ini adalah pasar borong pada sebelah siang yang menjual barangan basah dan barangan asas, manakala pada waktu malam adalah berkonsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak yang berdekatan juga turut diwujudkan. more info Cuti KelantanBazar Tok Guru
Bazar Tok Guru adalah tempat membeli-belah terbaru di Kelantan yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 2011. Kewujudan bazar ini adalah menggantikan pasar MPKB dan Arked UDA yang dirobohkan. Sebahagian besar peniaga di pasar MPKB dan UDA telah berpindah ke Bazar Tok Guru ini.
Ia dibina dengan konsep bercirikan Islam. Rekabentuk bangunan seperti kubah dan gerbang masuk diambil dari rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah. more info CUTI KELANTAN
p/s:Gambar- gambar dan artikal2 di ambil dari website CUTI KELANTAN
No comments:
Post a Comment